Blogger Backgrounds

The Readers :)

THE LANDLORD :)

Assalammualaikum..
Nama diberi ialah Nur Syafiqa Zakaria. 21y/o. Muslim and proud of it. Menulis blog adalah sekadar mengisi masa yang lapang bukanlah blogger sepenuh masa.
Segala perkongsian yang kaka post adalah berdasarkan pengalaman dan apa yang kaka baca.. Sekiranya terdapat isi-isi yang mengguris hati kaka mohon maaf.

Friday, September 7, 2012

GOODBYE JOHOR WELCOME TERENGGANU

Assalammualaikum....

Alhamdulillah.. Setelah hampir 4 bulan kaka bercuti di rumah kini kaka bergelar seorang pelajar untuk yang kali ke 5 (just main agak jew).. Huhuhuhu.. Kaka berjaya untuk menyambung pengajian kaka ke peringkat yang lebih tinggi di mana sebelum ini kaka dah pegang diploma cuma belum grad jew lagi.. Hahahahaahha.. Sekarang nie giliran nak genggam ijazah pula.. InsyaALLAH..

Mesti korang sume pelik kenapa kaka punye title sebegitu.. Hahahahaha.. Pada yang dah tahu sebabnye mesti tak pelik tapi yang belum tahu anggaplah tak pelik yeee.. Jangan risau sebab kaka akan story-mory pada korang sume.. Let's check it out!!

Thursday, September 6, 2012

Subhanallah...Allahuakhbar

Assalammualaikum..

Dah lama kaka tak update blog.  Rindunye!!! Disebabkan kekangan masa berhabuk sudah ini blog. Hhaih!! Story-mory ini hari??? Nothing special cuma kaka nak kongsi artikel yang kaka bace di sebuah laman web. Tajuk artikel sahaja dah buat kaka teruja untuk bace dan bila bace isi dia. Subhanallah..... 

AURAT DITUTUP, BENTENG DIRI TERBENTUK

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saat ini ku tulis kisah diri. Bukan untuk meminta pujian atau penghargaan setinggi langit. Hanya doa dipinta agar diri istiqamah.
Sahabatku semuslimah. Ingin ku kongsikan pengalaman ini selepas berhijrah. Beberapa tahun yang lalu, aku adalah seorang gadis yang berpakaian biasa, cukup sekadar bertudung walaupun baju dan seluar yang dipakai tidak menepati hukum islam. Ini yang dikatakan membalut aurat bukan menutup aurat. Pada masa yang sama, solat ku juga tidak terjaga. Sering kali lewat, malah kadang-kadang tertinggal. Bukan aku tidak sedar semua itu adalah salah, tetapi hati ini lemah! Sentiasa termakan pujukan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan hamba Allah.

Friday, June 15, 2012

Pengapit

Assalammualaikum.....

Hi there!! Alhamdulillah, akhirnya sekali lagi mata pena ini jatuh dan meluahkan segala-galanya.. Soo0o sastera.. Hahahaahahaha.. Well, nama pun perempuan en so biasalah kalau ayat berbunga-bunga nie.. Hehehehehe.. Lama juga kaka tak update entry bog.. Almost 2 months.. Kalau tak silaplah.. Bukan tak nak update just masa tidak mengizinkan.. Maklumlah, sejak akhir-akhir nie ada masalah sikit.. Heheehehhee.. Entry nie pun sebenarnye kaka dah lama tulis dan berpuluh kali edit sampai bersarang tapi tak juga kaka post.. Hahaahahahaha..

Tuesday, April 3, 2012

The Awesome BeeSeven :)

Assalammualaikum....

Alhamdulillah, setelah 3 tahun berhempas pulas di medan peperangan sebagai seorang pelajar, akhirnya kaka kini bergelar seorang graduasi walaupun not officially.. Hehehehehehehe.. Doakan kaka dapat result yang cemerlang.. InsyaALLAH.. AMIN!!!!.. So, kira pada tanggal 28 MAC 2012 terlerai sudah perjanjian kaka dengan pihak universiti.. Dah macam perjanjian apa ntah.. Hahahahahaha..

Kalau ditanya apa perasaan dah habis belajar, semua orang mesti akan cakap mestilah seronok dan itu jugak jawapan yang kaka bagi dekat orang yang tanya kaka tapi dalam seronok-seronok tue sebenarnya ada juga cerita sedih.. Sedih sebab berpisah dengan besties, classmates, lecturer and others.. Seriously, macam-macam perasaan ade.. Entry nie agak panjang so for those yang rasa benda nie tak penting, kaka rasa korang semua boleh pergi jalan jauh-jauh and for those yang berminat, kaka ucapkan selamat membaca!!!

Friday, March 23, 2012

Untukmu Bidadari Dunia

Assalammualaikum....

Entry kali ini kaka tujukan khas buat insan yang bergelar wanita.. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki kelemahan diri dan menjadi mulimah yang sejati. :)

WANITA adalah satu simbolik yang mesti dikaitkan dengan kelembutan dan juga kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan juga bersih. Sehelai kain putih kanvas pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan kain tersebut mengikut apa yang diinginkan, sama seperti manusia. Ini kerana manusia lahir ke bumi ini dalam keadaan suci tanpa sebarang cacat cela.

ISLAM tidak melarang untuk wanita itu menghias diri dalam apa jua keadaan tapi haruslah bersesuaian dengan landasan dan garis panduan ISLAM. Seperti mana ayat yang telah termaktub di dalam al-Quran yang bermaksud: 

"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengundurkan atau menutup kain tudung sehingga ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, mertua mereka, putra-putra mereka, putra-putra suami mereka, saudara lelaki mereka, putra-putra saudara lelaki mereka, putra-putra saudara perempuan mereka, wanita-wanita ISLAM, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti mengenai aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang disembunyikan dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung" Surah Al-Nur (24):31

Muslimah masa kini haruslah bergerak mencari "role model" yang terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W. Sebagai insan biasa, kita tidak mungkin mampu untuk menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba ALLAH S.W.T, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat yang terpuji yang terdapat pada Saidatina Khadijah r.a secara perlahan-lahan dengan penuh sabar. Antara sifat terpuji tersebut ialah taat kepada perintah ALLAH, berakhlah mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang,  berwawasan dan berfikiran kreatif. Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu perkara hanya kerana ALLAH S.W.T semata-mata.

p/s: Semoga kita bersama-sama menuju ke jalan ALLAH.. InsyaALLAH

sumber: iluvislam.com

Thursday, March 15, 2012

NIKAH KHITBAH???

Assalammualaikum..

Hari nie kaka nak share something yang sangat berguna pada korang semua pasal NIKAH KHITBAH.. Pada yang tak pernah dengar or terbaca pasal nikah nie mesti korang pelik.. Apa sebenarnya nikah khitbah nie.. Masa mula-mula pun kaka pelik jugak sebab tak pernah dengar.. Kaka start tahu pasal nikah khitbah nie bile kaka terbaca blog seorang hamba ALLAH iaitu myra & muhsin.. Dyeorang nie baru jew 19 tahun tapi sekarang 20 kot.. hehehehehe.. Sorry kaka tak pandai nak stalk2 orang nie.. Yang penting dyeorang khawin mase umo dyeorang 19 tahun and dyeorang nikah khitbah.. Sejak dari tue kaka search and search sampailah berkulat mata cari pasal nikah khitbah nie.. Sekarang kaka dah faham apa tue nikah khitbah.. So, kat sini kaka nak share kat korang so that kita sama-sama dapat pengetahuan :P

MAKSUD


Nikah gantung (atau dalam bahasa arab ialah Nikah Khitbah) bermaksud pernikahan antara pasangan yang tidak bersekedudukan dalam satu rumah dalam tempoh yang tertentu yang telah ditetapkan hasil persetujuan kedua-dua belah pihak yang mana tanggungjawab si suami untuk memberikan nafkah kepada isteri juga turut diringankan dan boleh dilepaskan.. Dalam erti kata lain, majlis akad nikah dilakukan tetapi majlis walimatul urus atau lebih dikenali sebagai majlis besar-besaran ditangguhkan terlebih dahulu..

RUKUN PERLAKSANAAN


Rukun perlaksanaan nikah ini adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai LIMA rukun iaitu:
1) Suami
2) Isteri
3) Wali
4) Saksi
5) Aqad (akad nikah)


SEBAB-SEBAB NIKAH KITBAH


Sebab kenapa nikah khitbah ini dijadikan sebagai alternatif bagi golongan muda untuk mendirikan rumah tangga yang paling utama dan penting adalah untuk mengelakkan berlakunya perzinaan dan kelahiran anak luar nikah.. Almaklumlah bila nafsu dah menguasai diri dan syaitan pun dah berleluasa.. Faham-faham sendirilah yeee.. Hhehehehehe.. So, bila dyeorang dah nikah khitbah, dyeorang bebas nak jumpa berdua, nak dating kat tempat gelap pun boleh.. Dah halal.. So, tak kisah dah.. If kena tangkap basah tunjuk jew sijil nikah mesti dyeroang malu.. Hehheehhehehe..


sebab-sebab lain :
  • pasangan masih lagi belajar
  • si suami tidak mampu untuk menyara kos hidup seperti rumah sewa and sebagainya
  • belum bersedia untuk jalani kehidupan berumah tangga
Mesti korang pelik dengan sebab no 3 tue en.. Belum bersedia tapi gatal nak nikah.. Hellooo!!! At least dyeorang jaga pergaulan dyeorang ok.. Lepas nikah nak pegang-pegang pun dah halal.. Dari korang??? Fikir-fikirkanlah.. Sorry, kaka bukan nak mengaibkan korang tapi ini semua kenyataan..   


BOLEH BERSEKEDUDUKAN???


Ok, dekat sini konteks dia akan jadi berbeza sedikit.. Memang pasangan tersebut dah nikah tapi mereka tetap akan tinggal berasingan sebabnya pasangan tak bersedia lagi nak pikul tangunggjawab dan biasanya pasangan akan tinggal dengan parents dyeorang sendiri.. TAPI.. Tidak salah sekiranya pasangan tersebut melakukan hubungan seks kerana hubungan mereka sah.. Even mengandung juga anak tersebut merupakan anak halal.. See.. Mudahnya ISLAM.. Siapa yang kata nikah khitbah tak boleh bersama.. Boleh okei.. Sebab pernikahan mereka adalah SAH di sisi AGAMA ISLAM dan UNDANG-UNDANG MALAYSIA..


So, pada "COUPLE-COUPLE" yang dekat luar sana.. If korang rase hubungan korang ini dah jauh terpesong dari jalan ALLAH better korang nikah.. Jangan jadikan alasan yang korang tidak bersedia sebab nikah khitbah tidak menuntut seseorang itu untuk benar-benar bersedia especially, bila timbul isu bab nafkah.. Sebab takut korang still tak mampu untuk sara korang punye pasangan, nikah khitbah is the best way.. Kenapa???? Macam yang kaka dah explain kat atas which bila korang nikah khitbah, korang akan tinggal dengan parents masing-masing.. So, untuk yang perempuan, selagi korang belum tinggal dengan suami korang even dalam kereta depan rumah suami, nafkah korang still lagi parents korang yang tanggung.. So, korang tak payahlah nak pening-pening fikir pasal nafkah bagai.. Yang penting hubungan korang dah HALAL di sisi AGAMA ISLAM tapi if korang dah bersedia baik nikah macam biasa jew terus.. Lagi senang.. Yang penting korang semua dapat jaga maruah diri dan juga keluarga.. Kalau boleh kurangkanlah masalah pembuangan bayi.. Sayu hati kaka lihat bayi yang tidak berdosa diperlakukan sebegitu..

ISLAM itu cukup indah dan mudah.. Setiap satu permasalahan ada 1001 cara untuk mengatasinya.. Kaka harap dari perkongsian kaka yang tidak seberapa ini mampu untuk memberi manfaat kepada korang semua.. Wassalam..





Sunday, March 4, 2012

Pra Graduation Night :)

Assalammualaikum...

Bertemu kembali kita di entry ini :) (rasa famous kejap)..Hehehehhee..As yang korang nampak kaka punye title post so itulah story mory yang kaka nak share dengan korang semua..Dinner nie dibuat pada 29 FEBRUARI yang lalu..Mesti korang akan cakap kenapa lambat sangat kaka post..So, sorry kaka busy lately nie that's whylah kaka baru nak post..

Dinner nie adalah anjuran pihak UiTM just for final student thats gonna graduate soon..Yyeaaahhh!!!Saya akan bergelar seorang graduasi tak lama lagi..InsyaALLAH, if tak sangkut paper (doakan kaka)..Tak terasa dah tiga tahun kaka study kat sini..Rasa macam baru semalam kaka masuk..Ecececeh (berdrama pulak)..

SUASANA

Dinner nie dibuat at DEWAN SRI TEMMENGUNG UiTM SEGAMAT..Memang bestlah dinner nie..Siapa yang kate dinner kat dalam tak HAVOC???Havoc ok!!!Basikal as present for lucky draw..Korang ader????Tak en..So, pigi duduk jauh-jauh..HAhahahahaha..Actually, bukan basikal jew banyak lagilah..Sponsor kot..Coolblog pun sponsor tau..Terbaiklah!!!

Suasana malam itu memang sangat happening dengan persembahan and gimik-gimik yang stlye yang sememangnya tak terjangka en..Tapi kaka rase kurang sikitlah coz budak kelas kaka tak join..Kaka pergi pun atas tiket JPK..Rase macam x seronok..Kalau budak kelas pergi memang kecohlah dekat dalam dewan tue :)Kawan-kawan kaka semua tak nak pergi..So, tak merasalah nak dinner dengan budak-budak kelas as our last memory..Hurmrrmrmrm..Tapi pape pun dinner tue sangat best..Dinner dengan family JPK pun ok ape..Saya sayang family saya :)

MAKANAN

Food for the dinner pun saaaanggaaatlah terbbaaaaiiiikkkkk!!!!!Malatop gitu!!Memang kenyang gile kaka malam tue..Mana tak kenyangnye makan macam-macam..Ader nasi goreng, mee goreng, ikan sweet sour, ayam masak sambal, sayur goreng, udang goreng (meleleh ayak liuur)..Hhuhuhuhu..Bertambah-tambah debablah kaka yang sememangnye dah anak gajah nie..Hehehehhe..Orang bagi makan en..Makan jelah (bukan selalu pun dapat makan sedap)..Tuan Rektor malam tue pun sangat sporting so dinner tue bertambah lagi best..MC pun best jugak..Yang penting semua bestlah..Yang lagi bestnye JPK SEKTOR B banyak bolot hadiah lucky draw..Lucky betol JPK Sektor B nie..Rezeki ALLAH nak buat camne en..

PAKAIAN

Nama pun dinner en so memang tak sahlah if tak melaram..Tema malam itu for lelaki formal with blazer while gurl just Baju Kurung..See..Dinner pun ade tema tau..Malam tue memang macam-macam jenis baju ader..Yang lelaki simple jelah tapi yang perempuan..Melaram sakan..Hehehehe..Biasalah perempuan en..Ader yang pakai jubah, ader yang pakai kebaya and ader jugak yang pakai baju kurung..Yang paling bestnye, tudung ader banyak style..Lagi-lagi yang pakai shawl..Melilit bagai en..Sorrylah kaka memang tak pandai nak bergaya sangat..Malam tue kaka just pakai baju kurung and seledang simple jew..SIMPLE IS NICE :)..Hehehehehehe (puji diri sendiri)..Tapi siape yang melaram bagai tue korang memang lawa sangat..Next time boleh ajar kaka so kaka boleh melaram jugak :D..

 So, tak guna kaka cakap banyak-banyak..Kite enjoy the picture okayhh!!

my face yang full dengan make up hasil kerja adik bilik saya..thanx

kad jemputan for lucky draw

 menu untuk dinner..masyuukkk!!!!

ikan sweet sour :)

 me :) simple as always

purple twin...hehehehehe

 ain, kaka and jiha

 kaka and jiha

teman curahan hati :)

 nisa, kaka, and ziqah


bersama sahabat saya :)

bersama adik saya :)

 family jpk tersayang bersama bonda :)

goodies from PGN :) Yyyeeeaahhh


So far itu sahaja yang kaka post for this entry..Until meet for the next entry :) Mmuahh
Assalammualaikum


Saturday, February 18, 2012

A day with JPK's family

Assalammualaikum......

First of all, kaka nak say thanx so much to Nisa, Ziqah, Tyma, and Aishah for the whole day.. Kaka have fun sangat-sangat.. Korang memang terbaiklah.. HEhehehehhe.. Actually, today kaka keluar ngan family jpk.. Nie sume adalah idea dari adikku, Tyma.. Dialah yang beria-ia sangat nak keluar dengan family jpk tapi malangnya hanya kami berlima sahaja yang mempunyai mase terluang sebab yang lainnye ader test.. So, nak buat camne.. Tapi tak mengape, ade mase kite hangout lagi ok???

Actually, pagi tadi kaka ade seminar selling so kiteorang decide nak keluar lepas zuhur lebih kurang pukul 2 petang.. Dengan hati yang gumbira kami pun melangkahkan kaki kami untuk keluar ke UiTM.. Kiteorang keluar naik kereta sewa so kenalah tunggu awal kat luar en tapi taklah awal sangat kiteorang tunggu kat luar.. Ingat kereta dah sampai (hhampehh jew).. Tunggu punye tunggu, pukul 3 pun tak sampai (pergh! lame kot tunggu).. Kiteorang pun tunggu jelah kereta sampai dengan penuh kesabaran.. Almaklumlah, perempuan MELAYU TERAKHIR katakan (perasan lebhihh).. Hhahahaha.. Bila kereta dah sampi ape lagi.. Vrrooommmm...

Our first location iiissssssss DOMINOS PIZZA!!!! Yummy..Yummy.. Disebabkan lapar, kami makan set ape ntah (sori kaka tak ingat coz bukan kaka yang order).. Thanx to CIK FATIMAH GELAK GIRANG sebab belanja kiteorang makan dominos.. Thanx sangat2.. Next time, akak belanja pulak ye.. InsyaALLAH..

Dah puas mengketedarah kat dominos,kami pun beralih arah ke KIP MART.. HHuhuhuhu... First time kaka pergi kip mart.. Teruja lah jugak..Heehehehe (dah macam budak kecik dah).. Kat situ kiteorang just jalan-jalan jew tapi sempatlah jugak kaka grab sandal (sambil menyelam minum air).. Kiteorang tak borong pun kat kip mart tue just kaka sempat men'touch-up' orang.. Hhehehehe.. Pada sape-sape yang kena touch-up dengan kaka tue sory ye.. Dah orang kedai tue tulis 'TESTER', apelagi kita test jelah.. Maaf akak kedai.. Janji tak buat lagi.. Dah puas bermekap, kami pun pergi menunaikan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH.. Sebab nak balik lambat punye pasal so kenalah solat asar dulu.. Bukan men jauh lagi pergi solat asar.. Sampai ke KAMPUNG JAWA kiteorang pergi.. Nak cari keselesaan.. Habis sahaja solat, apalagi... SHOPPING!!!!!!!

Destinasi ke-4 ialah BILLION.. Mase kat sini kaka tak beli pape pun just teman Nisa nak pergi beli barang untuk adik roomate dia.. Sementara tunggu Nisa pergi beli barang, kaka pun pergi cuci mate.. Macam-macam kedai kaka masuk tapi sory tak sempat nak amik gambar.. Dah selesai semuanya, kami pun bertolak pulang.. Mase on the way nak balik tue, kiteorang sempatlah singgah kejap kat gerai COCONUT SHAKE yang sibok digembar-gemburkan oleh adikku Tyma nie kononye sedap.. So, why not kita try en.. Tapi seriously, memang seddaaappp gila coconut shake tue.. Thanx once again to Tyma coz kenalkan pada akak coconut shake ye.. At least tak kempunan.. Lepas tue, kiteorang pun balik ke kampus.. Bila dah sampai kat bilik tue baru sedar lama jugak kiteorang keluar.. Dari pukul 3 sampailah puku 7.30 malam.. Huhuhuhu.. Kalau umie tahu nie confirm kena marah punye.. Anak dara balik maghrib.. Hehehehhe.. Maaf umie, bukan selalu.. Janji tak buat lagi (macam yakin je).. 

Macam-macam benda jadi mase kiteorang keluar tapi it not something yang bad.. Thanx to Aishah coz memeriahkan suasana dengan words baru awak tue ye.. Buat ziqah, kite isi minyak kereta RM1 nak???? Heehehehehehe.. Buat Nisa ngn Tyma yang kena make-up, sorrryyyyyy.. Lain kali kaka make-up kamu lagi ye..Buat jpk yang tak dapt join, insyaALLAH, kita keluar lagi ok?? So kat sini kaka ader attach sikit picture during the day.. Enjoylah yeeee =)

nie mase tengah tunggu kereta datang..so tok hilangkan bosan..apelagi..picture time 

 ziqah and cik fatimah gelak-girang

 me and ziqah..akhirnye, ader jugak gambar kami berdua..hehehehehe

 suasana di dominos..sangat ramai ok sampai tempat duduk pun FULL

 bila nafsu menguasai diri..hehehehhe..thanx to cik fatimah gelak-girang sebab belanja

 menu for the day







solat asar di KAMPUNG JAWA 

 driver for the day

coconut shake..sooo yummyy

notakaki: so sad nak tinggalkan family ini..hope always together-together <3<3<3

Friday, February 17, 2012

AGAIN??

First of all...Assalammualaikum kaka ucapkan buat semua :)

Mesti korang semua pelik en kenapa title post kaka AGAIN??Right??Hehehehe..Korang janganlah pulak pelik..Korang masih ingat post kaka about dinner???Tak sampai seminggu pun (memanglah selang dua hari jew) hhahaahha and now again kaka attending the dinner tapi nie bukan dinner course but DINNER KOLEJ which kaka and other JPK as the organizer..Kalau dinner course kaka rilex jew tapi not this time..Hhhurmm..

Tema untuk dinner kali ini adalah HIJAB STYLE NIGHT and kiteorang buat in DEWAN SRI TEMENGGUNG..Tema nie lebih kurang macam arabian night jugaklah tapi dinner yang kiteorang organize sem nie memang totally different dari dinner-dinner yang dulu sebab dinner sem nie lebih GEMPAK,MERIAH,MELETOP and TERBAIKK!!!!!Ditambah lagi specialnya,kiteorang jemput NAJWA LATIF tok perform kat dinner kiteorang..Memang terbaikklah..HHeehheehehehee..Kira berbaloilah jemput najwa latif perform and make SEKTOR B more meletop gitu..THE BEST DINNER EVER!!Kira nie sumbangan terakhir kaka and others JPK before kiteorang melepaskan tugas yang kiteorang galas for 2 semester..Sedih r pulak :((((

 me and najwa

 me with my besties ever and ever..

 my super duper lovely sister =)..sayang tak sempat nak ambil pic berdua dengan dye..

 puteri UMNO????adakah???hurmmmm..

during najwa's performance...awesome!!!

 mc during the night..Fandy and Ain..Korang memang the best

again with najwa..cik fatimah gelak girang,najwa and me <3<3

Sory coz kaka post sikit jew pic coz banyak sangat..Whatever pun kaka have fun during the dinner and rase puas sangat-sangat setelah berhepas-pulas untuk wat dinner ni en even penat tapi rase penat tue hilang bila apa yang dirancang semuanya berjalan dengan smooth sangat..Hope korang happy and jangan jelous ok??Hhehehehehe..Love..Mmuahh..


Monday, February 13, 2012

DINNER oh DINNER

Assalammualaikum....

Untuk pertama kalinya dalam sejarah, kaka pergi dinner course..Selama 6 semester kaka x pernah pun pergi dinner course dari part 1 sampailah part 5..Tiba-tiba..Hehehehehhe..Muka kaka boleh muncul pulak untuk dinner course mase part 6 nie en..Hhaahahahha..Actually,kaka tak nak pun pergi dinner nie coz kaka tak pernah pun pergi dinner course en so macam segan sikit..Sikit je r..Bila pikir-pikir balik, tak salah pun kaka pergi dinner nie..Lagipun dah sem last so rase rugi pulak en tak pergi so that is it..KAKA AT DINNER DBS!!Dinner course pada semester nie dibuat dekat Dataran PTDI II..

Banyaklah benda yang berlaku mase dinner tapi yang paling penting meja kiteorang paling KECOH,DA BOMB and GOURGEOUS..Untuk kelas kaka sahaja, kiteorang tempah 2 buah meja which 1 for lelaki and another 1 is for perempuan :)..Meja kiteorang memang paling bisinglah,dengan gitarnya,kamera and macam lagilah..And nak tambah happeningnya bila 3 orang JEJAKA TERHANGAT di pasaran kelas kaka perform that night..Memang havoclah malam tue..Siap ade yang menang KING of THE NIGHT lagi..HHehehehehe..

So far kaka puas hati course dinner tue sangat happening..Happening sebab pergi dengan budak kelas yang memang dari part 1 sampailah part 6 tak pernah berenggang (betul kew?)..Hhehehehe..Tapi sedih jugak r coz tak semua budak kelas pergi tapi whatever it is..Kaka have fun!!!Hehehehhe..Thanx kat my classmates yang pergi dinner and menghappeningkan lagi suasana..So ape tunggun lagi,mehh kite tengok picture mase dinner tue..Enjoice =)))))

Nie budak kelas kaka yang datang pada malam tersebut..Sayang korang semua <3<3

Nie menu for that night..Alhamdulillah, kami semua kenyang..Thanx to the organizer for the food..Realy enjoyed it..

The Muslimah..Hheeehhehe..Kaka lupe nak inform yang tema for the night is ARABIAN STLYE..That's whylah kami semua memakai jubah..Kalau tidak kerana tema,memang tak merasalah kaka pakai jubah en..Nnggeeee

This is our KING of THE NIGHT!!!Hehehehe

So far itu jew yang mampu kaka sajikan untuk korang semua..If ader mase kaka akan post lagi ok??!!Hhehehehehe..Anyway,thanx coz sudi singgah and bace kaka puye blog yang tak seberapa ini..Till meet again =)))))

Sunday, January 29, 2012

Subhanallah :)

Assalammualaikum dan Salam Ukhuwah buat semua..

Pagi-pagi buta kaka dah online(walhal xdelah pagi mane)sebab xde keje..Hahahaahaha..Perasan sangat xde keje sedangkan test berderet and assignment bertimbun..Arghh lupakan semua tue..Apa yang penting BLOGGING!!

Hish memang sakit betol kaka nie..Sorylah kaka memang macam nie..Sekali dah rajin berderet-deret post entry tapi if malas berbulan-bulan baru nak post entry..Sssoorrrrrry..Ok, pagi nie kaka terpanggil nak buat post lepas kaka terbaca buku mengenai Khutbah Terakhir Rasulullah..So, kaka teringin nak kongsi dengan korang semua sedikit petikan khtubah Rasulullah SAW..

Entry nie sangat panjang..So if korang ade mase korang bacelah tapi if korang sekadar nak menyemak so kaka rase better korang pigi jalan jauh-jauh..Hehehehe...Selamat membaca :)

''Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. ''Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba mulai dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."


"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam kamu dan dilarang melakukan zina."


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."


"Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hammbaMU."


(khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada (hari bulan Zulhijah tahun ke-10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)


sumber: Buku Khutbah Terakhir Rasululkah oleh IBNU RIJAL

Kaka sangat sarankan untuk korang semua baca buku ini coz banyak sebenarnya yang kita x tahu..Sebagai umat Rasulullah seharusnya kita digalakkan untuk lebih memahami agama Islam so that kita dapat memantapkan lagi diri kita sebagai persediaan untuk akhirat kelak.Apa yang kaka tulis tue sebenarnya baru intro jew.If korang bace buku nie korang akan dapat tahu dengan sedalam-dalamnye.Mase kaka bace buku nie memang mencurah-curah air mata(banjir ssiot!!)..Cengeng jugak kaka nie..Hehehhehe..Peduli apa aku!!Name pun manusia en..Mestilah ade perasaan kalau x robot namenye..Hahahahaha..Thanx for reading :)


p/s:Sekadar berkongsi untuk sesama umat..

Saturday, January 28, 2012

No more post title :(

Assalammualaikum....

Firstly, janganlah pulak korang pelik dengan title post tue ye..Heheheheehe..Memang itu title post kaka so chill!!Actually, kaka baru jew update blog nie, tukar header, tukar tulisan, tukar segala-galanya..dah macam blog baru jew..Post yang lame pun banyak yang kaka dah buang..Sebab???

1. Kaka x rase apa yang kaka tulis tue sangat sesuai tok korang sume bace..Yelah, dulu mase kaka buat blog nie sebab suke-suke jew..Itu yang post kaka mengarut jew..Terlampau emotional..Hhehehehe

2. Hurmm..Kaka rase apa yang kaka tulis mase sangatlah x matang..Benda yang x penting pun kaka post..So, maybe sekarang nie dah matang kot sebab tue dah mampu fikir apa yang sepatotnya kaka kongsi dan apa sepatotnya tidak (sebenarnya x matang pun lagi)..Hehehehehe

3. Sebab yang ketiga..Dah xde sebab dah..Hahahahahaah..Kaka still lagi baru dalam dunia penulisan nie so kaka harap sangat-sangat korang semua dapat tegur kaka if apa yang kaka tulis telah mengguris sesetengah pihak..Kaka minta maaf sangat..Peace no war!!(tiba-tiba jew)..Hehehehe