Blogger Backgrounds

The Readers :)

THE LANDLORD :)

Assalammualaikum..
Nama diberi ialah Nur Syafiqa Zakaria. 21y/o. Muslim and proud of it. Menulis blog adalah sekadar mengisi masa yang lapang bukanlah blogger sepenuh masa.
Segala perkongsian yang kaka post adalah berdasarkan pengalaman dan apa yang kaka baca.. Sekiranya terdapat isi-isi yang mengguris hati kaka mohon maaf.

Sunday, January 29, 2012

Subhanallah :)

Assalammualaikum dan Salam Ukhuwah buat semua..

Pagi-pagi buta kaka dah online(walhal xdelah pagi mane)sebab xde keje..Hahahaahaha..Perasan sangat xde keje sedangkan test berderet and assignment bertimbun..Arghh lupakan semua tue..Apa yang penting BLOGGING!!

Hish memang sakit betol kaka nie..Sorylah kaka memang macam nie..Sekali dah rajin berderet-deret post entry tapi if malas berbulan-bulan baru nak post entry..Sssoorrrrrry..Ok, pagi nie kaka terpanggil nak buat post lepas kaka terbaca buku mengenai Khutbah Terakhir Rasulullah..So, kaka teringin nak kongsi dengan korang semua sedikit petikan khtubah Rasulullah SAW..

Entry nie sangat panjang..So if korang ade mase korang bacelah tapi if korang sekadar nak menyemak so kaka rase better korang pigi jalan jauh-jauh..Hehehehe...Selamat membaca :)

''Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. ''Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba mulai dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."


"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam kamu dan dilarang melakukan zina."


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."


"Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hammbaMU."


(khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada (hari bulan Zulhijah tahun ke-10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)


sumber: Buku Khutbah Terakhir Rasululkah oleh IBNU RIJAL

Kaka sangat sarankan untuk korang semua baca buku ini coz banyak sebenarnya yang kita x tahu..Sebagai umat Rasulullah seharusnya kita digalakkan untuk lebih memahami agama Islam so that kita dapat memantapkan lagi diri kita sebagai persediaan untuk akhirat kelak.Apa yang kaka tulis tue sebenarnya baru intro jew.If korang bace buku nie korang akan dapat tahu dengan sedalam-dalamnye.Mase kaka bace buku nie memang mencurah-curah air mata(banjir ssiot!!)..Cengeng jugak kaka nie..Hehehhehe..Peduli apa aku!!Name pun manusia en..Mestilah ade perasaan kalau x robot namenye..Hahahahaha..Thanx for reading :)


p/s:Sekadar berkongsi untuk sesama umat..

Saturday, January 28, 2012

No more post title :(

Assalammualaikum....

Firstly, janganlah pulak korang pelik dengan title post tue ye..Heheheheehe..Memang itu title post kaka so chill!!Actually, kaka baru jew update blog nie, tukar header, tukar tulisan, tukar segala-galanya..dah macam blog baru jew..Post yang lame pun banyak yang kaka dah buang..Sebab???

1. Kaka x rase apa yang kaka tulis tue sangat sesuai tok korang sume bace..Yelah, dulu mase kaka buat blog nie sebab suke-suke jew..Itu yang post kaka mengarut jew..Terlampau emotional..Hhehehehe

2. Hurmm..Kaka rase apa yang kaka tulis mase sangatlah x matang..Benda yang x penting pun kaka post..So, maybe sekarang nie dah matang kot sebab tue dah mampu fikir apa yang sepatotnya kaka kongsi dan apa sepatotnya tidak (sebenarnya x matang pun lagi)..Hehehehehe

3. Sebab yang ketiga..Dah xde sebab dah..Hahahahahaah..Kaka still lagi baru dalam dunia penulisan nie so kaka harap sangat-sangat korang semua dapat tegur kaka if apa yang kaka tulis telah mengguris sesetengah pihak..Kaka minta maaf sangat..Peace no war!!(tiba-tiba jew)..Hehehehe