Blogger Backgrounds

The Readers :)

THE LANDLORD :)

Assalammualaikum..
Nama diberi ialah Nur Syafiqa Zakaria. 21y/o. Muslim and proud of it. Menulis blog adalah sekadar mengisi masa yang lapang bukanlah blogger sepenuh masa.
Segala perkongsian yang kaka post adalah berdasarkan pengalaman dan apa yang kaka baca.. Sekiranya terdapat isi-isi yang mengguris hati kaka mohon maaf.

Friday, September 7, 2012

GOODBYE JOHOR WELCOME TERENGGANU

Assalammualaikum....

Alhamdulillah.. Setelah hampir 4 bulan kaka bercuti di rumah kini kaka bergelar seorang pelajar untuk yang kali ke 5 (just main agak jew).. Huhuhuhu.. Kaka berjaya untuk menyambung pengajian kaka ke peringkat yang lebih tinggi di mana sebelum ini kaka dah pegang diploma cuma belum grad jew lagi.. Hahahahaahha.. Sekarang nie giliran nak genggam ijazah pula.. InsyaALLAH..

Mesti korang sume pelik kenapa kaka punye title sebegitu.. Hahahahaha.. Pada yang dah tahu sebabnye mesti tak pelik tapi yang belum tahu anggaplah tak pelik yeee.. Jangan risau sebab kaka akan story-mory pada korang sume.. Let's check it out!!

Thursday, September 6, 2012

Subhanallah...Allahuakhbar

Assalammualaikum..

Dah lama kaka tak update blog.  Rindunye!!! Disebabkan kekangan masa berhabuk sudah ini blog. Hhaih!! Story-mory ini hari??? Nothing special cuma kaka nak kongsi artikel yang kaka bace di sebuah laman web. Tajuk artikel sahaja dah buat kaka teruja untuk bace dan bila bace isi dia. Subhanallah..... 

AURAT DITUTUP, BENTENG DIRI TERBENTUK

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saat ini ku tulis kisah diri. Bukan untuk meminta pujian atau penghargaan setinggi langit. Hanya doa dipinta agar diri istiqamah.
Sahabatku semuslimah. Ingin ku kongsikan pengalaman ini selepas berhijrah. Beberapa tahun yang lalu, aku adalah seorang gadis yang berpakaian biasa, cukup sekadar bertudung walaupun baju dan seluar yang dipakai tidak menepati hukum islam. Ini yang dikatakan membalut aurat bukan menutup aurat. Pada masa yang sama, solat ku juga tidak terjaga. Sering kali lewat, malah kadang-kadang tertinggal. Bukan aku tidak sedar semua itu adalah salah, tetapi hati ini lemah! Sentiasa termakan pujukan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan hamba Allah.