Blogger Backgrounds

The Readers :)

THE LANDLORD :)

Assalammualaikum..
Nama diberi ialah Nur Syafiqa Zakaria. 21y/o. Muslim and proud of it. Menulis blog adalah sekadar mengisi masa yang lapang bukanlah blogger sepenuh masa.
Segala perkongsian yang kaka post adalah berdasarkan pengalaman dan apa yang kaka baca.. Sekiranya terdapat isi-isi yang mengguris hati kaka mohon maaf.

Thursday, March 15, 2012

NIKAH KHITBAH???

Assalammualaikum..

Hari nie kaka nak share something yang sangat berguna pada korang semua pasal NIKAH KHITBAH.. Pada yang tak pernah dengar or terbaca pasal nikah nie mesti korang pelik.. Apa sebenarnya nikah khitbah nie.. Masa mula-mula pun kaka pelik jugak sebab tak pernah dengar.. Kaka start tahu pasal nikah khitbah nie bile kaka terbaca blog seorang hamba ALLAH iaitu myra & muhsin.. Dyeorang nie baru jew 19 tahun tapi sekarang 20 kot.. hehehehehe.. Sorry kaka tak pandai nak stalk2 orang nie.. Yang penting dyeorang khawin mase umo dyeorang 19 tahun and dyeorang nikah khitbah.. Sejak dari tue kaka search and search sampailah berkulat mata cari pasal nikah khitbah nie.. Sekarang kaka dah faham apa tue nikah khitbah.. So, kat sini kaka nak share kat korang so that kita sama-sama dapat pengetahuan :P

MAKSUD


Nikah gantung (atau dalam bahasa arab ialah Nikah Khitbah) bermaksud pernikahan antara pasangan yang tidak bersekedudukan dalam satu rumah dalam tempoh yang tertentu yang telah ditetapkan hasil persetujuan kedua-dua belah pihak yang mana tanggungjawab si suami untuk memberikan nafkah kepada isteri juga turut diringankan dan boleh dilepaskan.. Dalam erti kata lain, majlis akad nikah dilakukan tetapi majlis walimatul urus atau lebih dikenali sebagai majlis besar-besaran ditangguhkan terlebih dahulu..

RUKUN PERLAKSANAAN


Rukun perlaksanaan nikah ini adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai LIMA rukun iaitu:
1) Suami
2) Isteri
3) Wali
4) Saksi
5) Aqad (akad nikah)


SEBAB-SEBAB NIKAH KITBAH


Sebab kenapa nikah khitbah ini dijadikan sebagai alternatif bagi golongan muda untuk mendirikan rumah tangga yang paling utama dan penting adalah untuk mengelakkan berlakunya perzinaan dan kelahiran anak luar nikah.. Almaklumlah bila nafsu dah menguasai diri dan syaitan pun dah berleluasa.. Faham-faham sendirilah yeee.. Hhehehehehe.. So, bila dyeorang dah nikah khitbah, dyeorang bebas nak jumpa berdua, nak dating kat tempat gelap pun boleh.. Dah halal.. So, tak kisah dah.. If kena tangkap basah tunjuk jew sijil nikah mesti dyeroang malu.. Hehheehhehehe..


sebab-sebab lain :
  • pasangan masih lagi belajar
  • si suami tidak mampu untuk menyara kos hidup seperti rumah sewa and sebagainya
  • belum bersedia untuk jalani kehidupan berumah tangga
Mesti korang pelik dengan sebab no 3 tue en.. Belum bersedia tapi gatal nak nikah.. Hellooo!!! At least dyeorang jaga pergaulan dyeorang ok.. Lepas nikah nak pegang-pegang pun dah halal.. Dari korang??? Fikir-fikirkanlah.. Sorry, kaka bukan nak mengaibkan korang tapi ini semua kenyataan..   


BOLEH BERSEKEDUDUKAN???


Ok, dekat sini konteks dia akan jadi berbeza sedikit.. Memang pasangan tersebut dah nikah tapi mereka tetap akan tinggal berasingan sebabnya pasangan tak bersedia lagi nak pikul tangunggjawab dan biasanya pasangan akan tinggal dengan parents dyeorang sendiri.. TAPI.. Tidak salah sekiranya pasangan tersebut melakukan hubungan seks kerana hubungan mereka sah.. Even mengandung juga anak tersebut merupakan anak halal.. See.. Mudahnya ISLAM.. Siapa yang kata nikah khitbah tak boleh bersama.. Boleh okei.. Sebab pernikahan mereka adalah SAH di sisi AGAMA ISLAM dan UNDANG-UNDANG MALAYSIA..


So, pada "COUPLE-COUPLE" yang dekat luar sana.. If korang rase hubungan korang ini dah jauh terpesong dari jalan ALLAH better korang nikah.. Jangan jadikan alasan yang korang tidak bersedia sebab nikah khitbah tidak menuntut seseorang itu untuk benar-benar bersedia especially, bila timbul isu bab nafkah.. Sebab takut korang still tak mampu untuk sara korang punye pasangan, nikah khitbah is the best way.. Kenapa???? Macam yang kaka dah explain kat atas which bila korang nikah khitbah, korang akan tinggal dengan parents masing-masing.. So, untuk yang perempuan, selagi korang belum tinggal dengan suami korang even dalam kereta depan rumah suami, nafkah korang still lagi parents korang yang tanggung.. So, korang tak payahlah nak pening-pening fikir pasal nafkah bagai.. Yang penting hubungan korang dah HALAL di sisi AGAMA ISLAM tapi if korang dah bersedia baik nikah macam biasa jew terus.. Lagi senang.. Yang penting korang semua dapat jaga maruah diri dan juga keluarga.. Kalau boleh kurangkanlah masalah pembuangan bayi.. Sayu hati kaka lihat bayi yang tidak berdosa diperlakukan sebegitu..

ISLAM itu cukup indah dan mudah.. Setiap satu permasalahan ada 1001 cara untuk mengatasinya.. Kaka harap dari perkongsian kaka yang tidak seberapa ini mampu untuk memberi manfaat kepada korang semua.. Wassalam..





No comments:

Post a Comment