Blogger Backgrounds

The Readers :)

THE LANDLORD :)

Assalammualaikum..
Nama diberi ialah Nur Syafiqa Zakaria. 21y/o. Muslim and proud of it. Menulis blog adalah sekadar mengisi masa yang lapang bukanlah blogger sepenuh masa.
Segala perkongsian yang kaka post adalah berdasarkan pengalaman dan apa yang kaka baca.. Sekiranya terdapat isi-isi yang mengguris hati kaka mohon maaf.

Friday, March 23, 2012

Untukmu Bidadari Dunia

Assalammualaikum....

Entry kali ini kaka tujukan khas buat insan yang bergelar wanita.. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki kelemahan diri dan menjadi mulimah yang sejati. :)

WANITA adalah satu simbolik yang mesti dikaitkan dengan kelembutan dan juga kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan juga bersih. Sehelai kain putih kanvas pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan kain tersebut mengikut apa yang diinginkan, sama seperti manusia. Ini kerana manusia lahir ke bumi ini dalam keadaan suci tanpa sebarang cacat cela.

ISLAM tidak melarang untuk wanita itu menghias diri dalam apa jua keadaan tapi haruslah bersesuaian dengan landasan dan garis panduan ISLAM. Seperti mana ayat yang telah termaktub di dalam al-Quran yang bermaksud: 

"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengundurkan atau menutup kain tudung sehingga ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, mertua mereka, putra-putra mereka, putra-putra suami mereka, saudara lelaki mereka, putra-putra saudara lelaki mereka, putra-putra saudara perempuan mereka, wanita-wanita ISLAM, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti mengenai aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang disembunyikan dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung" Surah Al-Nur (24):31

Muslimah masa kini haruslah bergerak mencari "role model" yang terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W. Sebagai insan biasa, kita tidak mungkin mampu untuk menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba ALLAH S.W.T, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat yang terpuji yang terdapat pada Saidatina Khadijah r.a secara perlahan-lahan dengan penuh sabar. Antara sifat terpuji tersebut ialah taat kepada perintah ALLAH, berakhlah mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang,  berwawasan dan berfikiran kreatif. Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu perkara hanya kerana ALLAH S.W.T semata-mata.

p/s: Semoga kita bersama-sama menuju ke jalan ALLAH.. InsyaALLAH

sumber: iluvislam.com

No comments:

Post a Comment